GERAK GEMPAR OLEH NORDEN MOHAMED

Gerak gempar oleh Norden Mohamed
Kulit depan Gerak Gempar oleh Norden Mohamed

Judul: Gerak Gempar
Genre: Aksi
Terbitan: Layar Minda Publications
Tahun terbitan: 2017
Halaman:520
ISBN: 978-967-13987-1-5

Wah... wah! Novel yang saya paling teruja untuk baca tahun 2017 iaitu:

NOVEL GERAK GEMPAR OLEH NORDEN MOHAMED!

Amaran sebelum meneruskan pembacaan dipostingan ini, terdapat beberapa spoiler.

2 Mei 2017, dalam lingkungan masa 11:00 pagi ke 12:00 tengahari, sebaik sahaja melangkah ke PWTC, inilah novel pertama yang saya beli. Sampaikan petugas di reruai Legacy Publishing terkejut kerana saya tersangat teruja mendapatkan karya ini.

9 Mei 2017, saya menoktahkan bacaan novel ini. Novel Gerak Gempar…sebaris tajuk yang berjaya membuatkan saya berdebar semasa membacanya. Kisah mengenai kapal minyak GLC Malaysia yang diserang dan krew kapal diculik oleh lanun Bad Holac. Dapat kita lihat, garapan aksi watak dalam menyelamatkan krew anak kapal minyak yang seakan-akan nyata dan hidup. Ia bonus kepada pembaca untuk merasai seolah-olah turut serta dalam setiap bab. Penglibatan Amerika Syarikat, negara yang penuh muslihat bagi saya ia satu penulisan yang berani. Tambahan pula mengenai mereka yang banyak menggunakan tipu muslihat dalam mencapai suatu matlamat. Malangya, matlamat tidak menghalalkan cara.

Selain itu juga, saya rasa saya dapat mengetahui apa itu peranan ksn, BISIK, aset yang Malaysia ada dan paling utama…jalan cerita menarik tersusun dan seronok! Jika perlu diberi rating, saya beri 4.5 dari 5 bintang.

Teruskan lagi tuan Norden Mohamed untuk menghasilkan karya-karya yang hebat!


Membujur aku biar lalu, melintang aku siap belasah!

Petikan daripada Gerak Gempar

Sekian, selamat membaca! Jumpa lagi pada postingan akan datang, insya-Allah.

UPDATE 2022

Saya buat video tiktok untuk buku ini!

@gardenofbooks00 Novel aksi Gerak Gempar oleh Norden Mohamed terbitan Layar Minda, 2017. Mengenai kapal minyak GLC Malaysia yang telah diserang sekumpulan lanun. Novel yang mendebarkan dan penuh aksi! #bookrecommendations #ulasannovel #novelmelayu #novelaksi #nordenmohamed #gerakgempar #layarminda #fypã‚· ♬ Another day another book this is what Im reading - bookishlygabby

#Gerakgempar #NordenMohamed #Layarmindapublication #EymanHykal

Post a Comment

0 Comments