![]() |
Kulit depan AKU MAHU DIARI PINK |
Assalamualaikum dan helo semua! Sebenarnya dah lama dah nak tulis pasal post ni cuma, terlupa! Maklumlah, manusia kan mudah lupa! Hehehe.
Kita semua tahu Pesta Buku Antarabangsa 2017 telah berlangsung pada 28 April sehingga 7 Mei. Dalam kesempatan itu, pada 2 Mei 2017 akhirnya, saya berjaya menjejakkan kaki ke bangunan PWTC setelah kali terakhir pada PBAKL 2015.
Macam biasa, teruja tu tak payah cakaplahkan. Hehehe, langsung saya tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke semua reruai yang mengambil bahagian pada temasya kali ini.
Okey, okey... mari kita ke agenda asal. Pusing punya pusing akhirnya kaki saya menjejakkan kaki ke rumah Pink Ain Maisarah! Fuh, ramai sungguh beratur ketika itu.
Teruja betul saya dapat bertemu dengan penulis novel yang tidak asing lagi ini siapa lagi kalau bukan AIN MAISARAH dan ALAM ANUAR! Untuk pesta buku kali ini, saya berkesempatan untuk membeli novel AKU MAHU DIARI PINK! Alhamdulillah, dapat juga autograf mereka.
![]() |
Autograf Alam Anuar |
Apalagi, habis seharian saya membaca novel tersebut. Menarik, menggeletek sampai ketawa terbahak-bahak dibuatnya!
Watch on TikTok
0 Comments