Get to know Maryani Zailani aka Rainy Rose



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hi saya Maryani Zailani atau Rainy Rose. Nak tahu tentang saya? Boleh klik pautan di bawah! Semoga hari anda baik-baik sahaja!


Media sosial:

Facebook

Instagram

X

TikTok 

Blogspot

WordPress


Penulisan:

Kita Terpaksa Bermusuhan 

Si gadis pembunuh

Ini semua mimpi

Realiti atau fantasi 

Menari pada tengah malam

Sesuatu antara kita

Aku yang dilupakan

Perjuangan


Manuskrip dalam pembikinan:

Manuskrip keempat ~ Ku kejar kau sampai mati! ~pssttt tachod kan tajuk dia 🤣 ~macam psiko kan... haaa memang pun! psiko, thriller, cinta!


Kegemaran/ tabiat semasa menulis:

1. Mendengar lagu yang mempunyai jiwa manuskrip yang sedang ditukang. Memahami emosi lagu itu kemudian diterjemahkan dalam bentuk penulisan. Selalunya dengar lagu yang 'pain' gitu!  

2. Suka memerhati orang untuk memahami emosi mereka. Cara mereka bercakap, bahasa tubuh dan sebagainya. Kalau menonton drama atau filem, suka perhati bahasa tubuh pelakon.

3. Suka menonton dokumentari atau kalau curious suka google maklumat sampailah rasa lega otak ni tentang semua persoalan yang timbul.

4. Kalau buntu atau keputusan idea atau kehilangan rasa dengan manuskrip yang sedang ditukang, saya akan pergi mandi dan kemudian masalah tu selesai macam tu je 😂 punyalah duduk lama depan laptop tak ada penyelesaian. Tapi, bila pergi mandi... ehhh selesai pula persoalan tu! Macam P. Ramlee, beliau kalau sedang cari idea, duduk dalam bilik air! Siap ada bilik air khas! Agaknya saya pun gitu juga kot! Tapi, of course bermohonlah doa daripada Allah, semoga diberi ilham bermanfaat kepada pembaca.

5. Walaupun sedang tidur, minda asyik memikir je pasal manuskrip. Kadangkala saya pelik, saya sedang tidur atau sedang tutup mata sahaja 😆 Pernah sekali, bangun tidur... terus terbit babak seterusnya yang ingin dinukilankan! Selalu gitulah. Dia punya overthinking tu, dari A sampai Z!

6. Suka buat babak dramatik. Mungkin sebab saya peminat filem hindustan kan... jadi kenalah dramatik 🤣 selagi tak dramatik, saya stress 🤣 🤣🤣🤣


Penulis kegemaran:

1. Ramlee Awang Murshid ~ fan since 2011 bermula dengan tajuk Satu Janji

2. Usman Awang

3. Maria Kajiwa

4. Anuar Darwisy


Genre penulisan:

Romance thriller


Genre bacaan:

Thriller

Seram


Permulaan dalam penulisan:

1. Ketika darjah 6. Bila mana orang lain sedang bercita-cita mahu menjadi guru, doktor, polis dan lain-lain. Saya tak tahu nak jadi apa. Selalu saya akan letak sebagai pelukis sebab saya sedar saya tak berapa nak cerdik masa tu. Masa darjah 5, bermulalah saya menjadi seorang yang terlalu gila membaca. Semua novel dalam pusat sumber sekolah habis saya baca! Seingat saya bacaan NILAM yang berjaya saya rekod ialah 144 masa tu. 

2. Pada hari terakhir sekolah, cikgu pss memberikan saya buku Antologi Suatu Subuh yang Bening. Ketika itu, saya dah dapat dah apa yang ingin saya jadi iaitu PENULIS! Sebab itu saya tersangat sayang buku ini. Buku yang buatkan saya temui apa kekuatan atau kelebihan diri.

3. Draft manuskrip bermula semasa tingkatan 2. Masa itu saya tersangat terpengaruh dengan penulisan Ain Maisarah. Saya menulis dalam buku nota sekolah dan juga netbook 1 Malaysia ~cumanya untuk manuskrip ini, saya lupa apa isi ceritanya sebab dah hilang macam tu je.

3. Draft kedua pula, masa tingkatan 3 nak PMR masa tu. Ni pun masih pengaruh Ain Maisarah. Saya tulis berkajang-kajang 😆😆😆 Banyak dah tulis. Ada rakan penulis juga masa tu, kawan sekelas. Satu hari, saya demam dan tak datang sekolah. Kelas kami berkongsi dengan budak kelas petang. Kebetulan, kawan kelas sebelah pinjam draft, kemudian, nak balik sekolah dia tinggalkan bawah meja saya. Budak belah petang baca 🤣🤣🤣 mereka kata, best lah kak Mar! Kelakar... lawak semua ada! Yalah, siapa pernah baca penulisan Ain Maisarah mesti tahukan. Mereka suruh saya sambung tapi yalah busy dengan PMR kononnya 🤣

4. Masa akhir tahun tingkatan 4, saya hantar cerpen dekat majalah sekolah. Yang tajuk dia, semuanya mimpi. Boleh klik pautan di atas.

5. Tingkatan 5 hingga 6 atas, saya tak sempat menulis. Fokus SPM dan STPM 🤣🤣🤣 CEHHH

6. Akhir tahun 2016, iaitu tamat sahaja STPM, saya ambil keputusan untuk menulis kembali. Inilah idea awal manuskrip Si gadis pembunuh ~ lama gila weiii banyak pula tu rombak sampailah jadi cerita lain! Kiranya proses dia dalam tahun 2016 hingga 2021. Setelah dirombak banyak kali dan pernah ditolak oleh sebuah syarikat penerbitan, kini manuskrip ini sedang berjuang di sebuah rumah penerbitan setelah beberapa kali sunting~ mohon doa kalian! Kiranya ini manuskrip pertama yang memang benar-benar siap!

7. Manuskrip kedua yang sudah lengkap dan sedang dinilai... yang tajuk kita terpaksa bermusuhan. Dalam 5 bulan proses penulisan dia. Saya boleh nampaklah, yang manuskrip ni lebih matang berbanding pertama tu.

8. Manuskrip ketiga, sedang berjuang juga. Ni belum pernah upload teaser di mana-mana. Hint dia, bertopeng-topeng! Dalam 3 bulan je saya tulis.

9. Manuskrip keempat, yang kukejar kau sampai mati! 🤣 ongoing... baru nak masuk ke bulan kedua. 

10. Cerpen bertajuk Mr. Mystery di KLIA2 terpilih sebagai salah seorang pemenang MEET CUTE CHALLENGE 🥺 Saya terharu! Alhamdulillah. 

11. Ada satu cerpen saya hantar kepada kak Ain Maisarah sebagai contoh penulisan untuk penulis blink baharu. Cuma belum tahu lagi samada terpilih atau tidak!

Tachod 🤣


Harapan saya:

Semoga keghairahan menulis kekal membara!




Post a Comment

0 Comments