Kisahnya bermula apabila, saya bersama dengan kawan-kawan sepengajian di UiTM menaiki LRT dari Glenmarie lalu turun ke LRT PWTC. Sebenarnya, sudah masuk bebeapa kali juga saya pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur cumanya, sekali pun tidak mempunyai rezeki untuk bertemu dan meminta autograf daripada penulis kesayangan semua ini siapa lagi kalau bukan Ramlee Awang Murshid.
Masuk-masuk je ke reruai Karangkraf, fuh! Dah nampak Ramlee Awang Murshid! Apalagi, saya pun cepat-cepat mencari novel terbaharu beliau ketika itu iaitu Banja Manggala. Selesai pembayaran, saya beratur bersama-sama dengan peminat beliau yang lain.
Bagai mimpi ya, depan-depan mata melihat beliau menurunkan tandatangan, berdebar-debar! Itulah antara kenangan semasa di PBAKL 2018 yang tidak mungkin akan saya lupakan sampai bila-bila.
![]() |
Autograf penulis Ramlee Awang Murshid |
Balik memang tak putus-putus tersenyum. Yalah, lama juga saya ingin bertemu dengan beliau. PBAKL 2018, baru dapat rezeki bertemu.
Baiklah, itu sahaja untuk coretan kali ini.
Bye for now!
#RamleeAwangMurshid #BanjaManggala #PBAKL2018 #Thriller #Novel #Karangkraf
0 Comments