NOVEL SATU JANJI OLEH RAMLEE AWANG MURSHID

SATU JANJI RAMLEE AWANG MURSHID

Kulit depan novel Satu Janji/ Ramlee Awang Murshid
Kulit depan novel Satu Janji/ Ramlee Awang Murshid
Kredit: Karangkarf mall

Judul: Satu janji
Genre: Thriller
Terbitan: Alaf 21
Tahun terbitan: 2003
Halaman:549
ISBN: 978-124-118-5

Amaran sebelum meneruskan pembacaan dipostingan ini, terdapat beberapa SPOILER

Seingat saya, ini merupakan novel Ramlee Awang Murshid yang pertama saya baca sebelum saya cinta dengan karya-karya beliau yang lain. Ketika itu saya berada di tingkatan 2 tahun 2011, cikgu sains saya yang mengesyorkan novel ini dan memberi saya pinjam untuk dibaca apabila saya katakan kepada beliau saya tidak meminati novel-novel cinta. Pada 2017 ketika Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, barulah saya dapat membeli sendiri novel ini untuk dijadikan koleksi peribadi. Setelah itu, beberapa kali saya mengulang baca novel ini.


‘Kerana cinta aku ingin hidup, kerana cinta juga aku sanggup mati!’

Petikan daripada kulit depan Satu janji


Satu janji oleh Ramlee Awang Murshid memperkenalkan watak Luqman yang merupakan anak angkat kepada Datuk Abdullah dan Datin Zaiton. Permulaan novel menyaksikan Datuk Abdullah dibunuh oleh pembunuh upahan seseorang. Tak disangkakan dalang pembunuhan mempunyai perkaitan rapat dengan seseorang di syarikat AZ-L Holding milik Datuk Abdullah yang kini diwariskan kepada Luqman. Apakah motif pembunuhan itu? Jeng…jeng…jeng. Awal pembacaan, kita menyangka pembunuh itu merupakan orang ini…sekali orang lain. Segigih watak Inspektor Isa dan Inspektor Marzita mencari dalang sebenar pembunuhan itu, segigih itulah juga saya membaca dan mencari bersama-sama mereka.

Luqman juga seperti manusia biasa yang lain, tentu nak jatuh cintakan! Kira cinta pandang pertamalah apabila Luqman tekad nak mengenali watak Adelia sebaik sahaja dia melihat gadis itu di sebuah rumah anak-anak yatim. Tak sangka cara nak berkenalan dengan si gadis pujaan hati itu, Luqman sanggup belajar cara-cara membuat roti canai dan bekerja di restoran milik gadis itu setelah habis waktu bekerja di pejabat. Lambat-laun rahsianya terbongkar juga. Dapatkah dia memiliki hati Adelia tu? Macam mana pulakan Adelia menerimanya sedangkan hatinya untuk orang lain?

‘Aku berjanji untuk mengenali siapa sebenarnya Adelia Mustapha’

Janji Luqman

Walaupun bahagia bersama ibu bapa angkat, mencari tahu mengenai keluarga kandungnya turut berada dalam senarai JANJI LUQMAN selain mengenali Adelia Mustapha dan beberapa janji yang lain. Tak sangka, tragis juga latar belakang keluarga kandungnya. Punca perpisahan Luqman dengan keluarga kandungnya juga tidak tersangka sebabnya. Seseorang juga hidup menderita kerana peristiwa itu. Selain itu, terdapat perkaitan watak adik sebapa Luqman dengan seseorang yang menjadi dalang pembunuhan bapa angkatnya itu.

Selamat membaca Satu janji oleh Ramlee Awang Murshid!

@gardenofbooks00 Novel pertama Ramlee Awang Murshid yang saya baca iaitu Satu Janji terbitan Alaf21 tahun 2003. Seimgat saya, saya baca novel ini semasa tingkatan 2 dan semenjak itu saya terus jatuh cinta dengan karya-karya beliau! #ramleeawangmurshid #satujanji #alaf21 #novelthriller ♬ KPOP idol style / BLACKPINK style(1295584) - Burning Man
Sekian, untuk postingan kali ini! Sampai berjumpa lagi, Insya-Allah.

Post a Comment

2 Comments