Assalamualaikum, helo! Saya dah kembali untuk postingan yang terbaharu di dalam blog ini. Hari ini saya nak menceritakan pengalaman dapat menemu bual seorang penulis aksi terkenal iaitu Tuan NORDEN MOHAMED! Temubual ini adalah bersempena dengan assignment kelas elektif iaitu subjek ORAL DOCUMENTATION IMR604. Saya abadikan di sini kerana ini merupakan pengalaman manis dapat menemu bual tokoh hebat seperti beliau.
Permulaan kajian tokoh ini telah berjalan pada 5 Mac 2020 dengan melakukan perbincangan bersama pensyarah dan rakan sekumpulan. Pada 16 April 2020, kami telah menyenaraikan beberapa tokoh dan akhirnya membuat keputusan untuk memilih NORDEN MOHAMED sebagai tokoh untuk ditemubual. Langkah seterusnya dalah dengan meminta izin tokoh dan kami telah menghubungi beliau Facebook Messenger.
Secara umumnya, di bawah ni merupakan biodata ringkas beliau melalui hasil carian Google. Sumber terbesar adalah melalui portal beliau sendiri iaitu:
https://layarminda.com/penulis/norden/
Norden Mohamed/ Eyman Hykal Kredit: LayarMinda |
- Nama: Norden Bin Mohamed
- Tarikh Lahir : 1957
- Tempat lahir : Mersing, Johor
- Alamat : Layar Minda Publication, 36 Jalan SS 5D/10 Petaling Jaya, 10, 47301 Malaysia
- Emel : admin@layarminda.com
- Media Sosial : Norden Mohamed (facebook dan Instagram), Penulis Norden Mohamed (Facebook), layarminda.com (Portal), nordenmohamed57@gmail.com (e-mail)
- Bidang : Penulisan kreatif dan aksi
- Motto: “Don’t be Jack of all trades and a master of none, BUT BE Jack of all trades master of one!”
- Karya penulisan: Maaf cakap, Maaf cakap #2, Maaf cakap #3, Tidak salah memberi maaf, Dekat di hati, Ke mana hatimu, Meniti maut, Detik debar, Gerak gempar.
Secara peribadi, temubual ini memang sangat bermakna kerana dapat mendengar pengalaman hidup beliau dan juga penglibatan beliau dalam bidang penulisan kreatif. Antara perkongsian beliau adalah bilanya bermula sebagai penulis, dorongan untuk menulis, cara membahagikan masa antara pekerjaan hakiki dengan penulisan, cara menghadapi writer block, cara mencetuskan idea dan banyak lagi.
Sekian sahaja coretan kali ini, moga bertemu lagi. InsyaAllah.
0 Comments