Larung oleh Shukriah Rodzi

LARUNG SHUKRIAH RODZI


Larung oleh Shukriah Rodzi
Kulit depan LARUNG oleh SHUKRIAH RODZI

Assalamualaikum dan hai semua! Sebelum itu diucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam dan stay safe di mana jua ada berada.


Baiklah tanpa membuang masa kita akan meneruskan dengan tujuan utama malam ini. Tak sangka akhirnya sekian lama menunggu novel LARUNG oleh SHUKRIAH RODZI ini mendarat juga di tangan saya!

Saya memesan novel ini menerusi Shopee DearNovels pada 28 Mac 2022 dan terima novel ini pada 31 Mac 2022. Dapat sahaja novel ini, apalagi... terus unboxing dan WOW! Tak sangka dapat hadiah comel dari puan penulis; Shukriah Rodzi. Siap dapat cenderamata lagi... gitew!


Dompet comel untuk pembelian LARUNG oleh SHUKRIAH RODZI
Dompet comel untuk pembelian LARUNG oleh SHUKRIAH RODZI


Paling tak sangka tu, ada autograf daripada puan penulis, Shukriah Rodzi! Wah, saya rasa bertuah dapat memilikinya.


Autograf penulis LARUNG SHUKRIAH RODZI!
Autograf penulis LARUNG SHUKRIAH RODZI!

Tapi sebelum tu, saya sempat Google dahulu maksud LARUNG. Apa yang saya jumpa di laman web Dewan Bahasa & Pustaka, LARUNG membawa maksud keranda atau peti mati. Haaa, apa pula kaitan LARUNG dengan cerita di dalam novel ini? Syhhh...

Mari kita layan dulu sinopsis belakang kulit buku:

SINOPSIS NOVEL LARUNG SHUKRIAH RODZI

Shannie dan pasukan cari gali Profesor Idris rasa teruja kerana menemui satu lagi artifak bersejarah berupa mohor jongkong emas dengan ukiran mahkota ular berkepala lima yang boleh digunakan oleh mereka untuk membantu kajian tentang ketamadunan Kerajaan Kedah Purba.
“Nah, Shan pakailah rantai ni. Ni, sebenarnya rantai nenek papa. Dia suruh wariskan pada anak perempuan sulung papa.”
Jasadnya dirasakan terawang-awangan hinggakan dirinya dibawa ke alam siluman ular yang penuh dengan kuasa sakti dan kejahatan. Ada cahaya yang mengelilingi tubuhnya seperti serdak-serdak hablur emas yang berterbangan di udara.
“Tolong lepaskan saya. Saya nak balik!” 
“Anakanda mahu pulang ke mana lagi? Anakanda kan sudah berangkat pulang ke sini. Bonda gembira anakanda selamat. Termakbul doa bonda supaya Saktimuna lepaskan anakanda.”
Raja dan penduduknya mengamalkan kepercayaan khurafat dan percaya kepada kuasa mistik. Sebelum seseorang raja menaiki takhta, baginda mesti mengorbankan seorang puteri sunti kepada seekor ular Saktimuna yang tersangatlah besar sebagai jaminan kekuasaannya.
“Aku datang menuntut tumbal. Masanya sudah hampir tiba. Persiapkan segera.”

Dah baca sinopsis? Sekarang saya beritahu apa yang saya rasa WOW untuk novel ini. Tapi, mungkin terdapat beberapa spoiler tanpa sengaja. Sesiapa yang tidak mahu spoiler, boleh skip terus posting ini.

  • Saya kagum betul dengan sisi sejarah Kedah tua dan seperti dinyatakan dalam sinopsis tentang mereka mengamalkan kepercayaan karut dan mengorbankan nyawa orang tidak berdosa. Tapi... ada tapinya, di mana kewujudan Saktimuna tu mempunyai kisah silam tersendiri dan boleh disimpulkan atas dasar dendam oleh pewarisnya.
  • Seperti yang dikatakan penulis, kita kena bebaskan minda daripada kelogikan semasa membaca; tak sangka ada watak tersesat di zaman bukan mereka hidup. Berlainan pemikiran, pegangan dan teknologi, itu suatu yang menarik dalam novel ni.
  • Tersesat zaman bukan sebarang tersesat; ternyata mereka mempunyai sejarah hidup tersendiri
  • Oh, baru saya tahu maklumat mengenai istilah paleontologist; buat saya nak ulang masa kembali zaman sekolah. Minat sejarah dan nak kaji mengenai bumi dan fossil tapi tak tahu jalannya. Hahaha, kira kita macam jadi ahli kaji bumi semasa membaca novel ini. Nice! Selain itu, istilah Geologi yang mengkaji tentang isi bumi... gitew! Menarik!
Saya rasa setakat ini sahaja postingan kali ini. Apapun jumpa lagi pada post akan datang. Yuhuu.
Bye, for now!


#Larung #ShukriahRodzi #DearNovels #Misteri

Post a Comment

0 Comments