UNBOXING NOVEL THE STORY OF MARIA BY ANUAR DARWISY!

THE STORY OF MARIA A.DARWISY


The story of Maria
Kulit depan The Story of Maria.
Kredit: PopularOnline


Assalamualaikum, helo semua! 

AKHIRNYA...

TADAAA...

THE STORY OF MARIA BY ANUAR DARWISY!

Harap semuanya baik-baik sahaja hendaknya. Lagi-lagi dalam musim begini. Kekalkan menjaga SOP walau di mana anda berada.

Okey, tak nak cakap banyak. Mari kita mula dengan sesi hari ini!

Semua sedia maklum, penulis Anuar Darwisy sudah mengeluarkan sebuah lagi karya terbaharu beliau iaitu The Story of Maria terbitan Kaki Novel dengan jumlah muka surat sebanyak 379.

Mari kita layan dahulu sinopsis THE STORY OF MARIA oleh ANUAR DARWISY:

‘Aku mati untuk hidup’

Desas-desus masyarakat setempat mengatakan apartmen itu berhantu. Ada yang mendakwa puaka di situ boleh menyerupai orang yang dikenali. Termakan helah, boleh mendatangkan musibah. Dafi tidak ada pilihan lain untuk menyewa bilik di apartmen itu kerana sewanya murah.

“Cuma satu aje aku nak pesan. Bila malam, jangan nak melilau sangat.” – Iman

“Beraninya kamu, Dafi! Kalau akak, mati hidup semula pun tak mahu menyewa situ.” – Zubaidah

Sehinggalah gangguan demi gangguan yang dialami, membuatkan kehidupan Dafi berubah. Kemuncaknya, Rahim yang menumpang tinggal di apartmen itu buat sementara waktu, dirasuk dan kemudiannya hilang tanpa penjelasan munasabah.

“Dia ada dalam rumah ni cuma kita tak nampak dia dan dia tak nampak kita.” – Jamali

Benarkah segala macam kejadian paranormal yang menimpa mereka ada kaitannya dengan seorang perempuan rahib Kristian bernama Maria yang pernah mendiami apartmen itu? Siapakah Maria yang sebenarnya?

“I see death is falling from the sky.”

Maria

Wow kan sinopsisnya, meleleh-leleh air liur baca sinopsis THE STORY OF MARIA sahaja sebab tak sabar sangat nak dapatkan Maria ketika itu. Oleh itu, sukma meronta-ronta, akhirnya pada 17 Januari 2022, saya turut menempah novel ini secara pre-order ketika itu melalui tuan penulisnya sendiri iaitu ANUAR DARWISY.

Benarlah kata orang, penantian itu suatu seksaan. Akhirnya, penantian berakhir pada 4 Feb 2022, sempena Jumaat yang penuh barakah, Alhamdulillah mendarat juga cik Maria ni ke rumah saya. Buka-buka je, wangi pula… gitew! Seingat saya, saya mengambil masa kira-kira 4 jam untuk menghabiskan pembacaan. Laju sahaja saya baca, adrenaline rush gitew! Sekali dah baca, tak boleh berhenti!

Oh, ya! Disebabkan tempahan terus daripada penulis, selain novel dengan autograf penulis siapa lagi kalau bukan Anuar Darwisy, pembaca dapat juga fridge magnet dan yassin berserta tasbih sebagai cenderamata. Menarik… kan! Terima kasih tuan penulis!

Novel The Story of Maria bersama dengan cenderamata


Selain itu, saya sempatlah buat juga video unboxing THE STORY OF MARIA. Alah… biasa-biasa sahaja. Sudilah tonton video di bawah. Wuhuuu.

UNBOXING MARIA!

Setelah habis pembacaan, apa yang boleh saya ulaskan untuk mengelakkan spoiler kepada yang belum baca, saya tertipu dengan kebanyakan watak ibarat masing-masing berselindung di balik topeng untuk menjalankan sesuatu agenda. Terbaik ANUAR DARWISY!

Sesiapa yang berminat boleh terus ke tuan penulis di Facebook beliau:

https://www.facebook.com/anuar.darwisy

Semasa post ini ditulis, saya perasan novel ini sudah sold-out di laman web Popularonline. Tapi, saya sertakan juga link di bawah… mana tahu dah tersedia stok nanti:

https://www.popularonline.com.my/default/catalog/product/view/id/190667/s/9789670874739/?did=1996

Ulasan saya di tiktok!

@gardenofbooks00 Novel seram yang pasti menghantui anda malam-malam. Baca siang pun dah seram apatah lagi malam. The story of Maria bukan tipikal novel hantu. #bookrecommendations #booklover #bookworm #booktok #fypã‚· #novelseram #ceritahantu #bookworm #novelserambukuprima #kakinovel #anuardarwisy ♬ DARARI - ︎ ondu


Selamat tinggal untuk postingan kali ini. Insya-Allah sehingga berjumpa lagi!

#AnuarDarwisy #Thestoryofmaria #Kakiseram #Kakinovel

Post a Comment

2 Comments

  1. Ui..baca sinopsis tu macam menarik la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang menarik! Seramnya terasa-terasa lagi-lagi kalau baca pada waktu malam. Hahahahaha. Boleh dapatkan di mana-mana kedai buku fizikal mahupun secara atas talian.

      Delete