Haura oleh Ramlee Awang Murshid
![]() |
Haura oleh Ramlee Awang Murshid |
Assalamualaikum dan selamat kembali...
Ya, post hari ini mengenai novel HAURA: BISMILLAH AKU MENCINTAIMU oleh RAMLEE AWANG MURSHID.
Novel HAURA oleh RAMLEE AWANG MURSHID di bawah terbitan Buku Prima dan dikeluarkan pada tahun 2020 dengan ketebalan muka surat sebanyak 417.
Tagline novel ini:
Bismillah... aku mencintaimu
Untuk sinopsis penuh novel Haura, boleh klik di sini.
Alhamdulillah, pada 22 Januari 2021 saya menyelesaikan pembacaan novel ini.
Dalam novel Haura oleh Ramlee Awang Murshid, kita diperkenalkan dengan dua watak utama iaitu Fahmi dan Jessica. Mari kita gali kedua-dua watak ini.
- Fahmi: Jejaka Malaysia berkelana ke bumi New Zealand. Macam-macam Fahmi hadapi samada di Malaysia mahupun di negara orang. Dari zaman sekolah sehingga ke alam dewasa, hidupnya penuh dengan onak duri. Dari layanan bapanya, cinta yang tidak kesampaian dengan seseorang insan, pengubahan nasib hidup untuk menjadi lebih baik sampailah mencari HAURA.
- Kejadian berdarah di New Zealand membuatkan masyarakat di sana fobia dengan Islam. Ini yang Fahmi hadapi semasa bekerja di ladang Tuan Brown. Daripada melihat Islam itu sebagai keganasan akhirnya merubah persepsi Tuan Brown melalui tingkah yang ditunjukkan Fahmi.
- Jessica: Seorang polis di New Zealand yang terlibat dengan kemalangan dan macam kita baca dalam sinopsis melakukan tugasan undercover dan dari sinilah bertemu dengan Fahmi. Selalu tertanya-tanya, siapakah HAURA itu?
Ada apa dengan mereka berdua? Siapa HAURA itu? Jawapannya kenalah dapatkan novel ini dan baca.
Selain itu, watak sampingan seperti Waheeda memang memberi kesan kepada kehidupan Fahmi. Bagaimana seorang bernama Fahmi seakan dipinggir begitu sahaja apabila Waheeda melanjutkan pelajaran ke luar negara tiba-tiba pada suatu hari seakan menagih janji lama. Gitewww.
Berdasarkan kulit belakang novel, berikut merupakan elemen yang ada dan peratusannya:
- Cinta: 50%
- Jenayah: 20%
- Konflik: 20%
Apa pandangan anda? Tinggalkan komen di bawah.
Bye, for now!
#RamleeAwangMurshid #NovelHaura #Haura #BukuPrima #Thriller
0 Comments