Assalamualaikum, annyeonghaseyo!
Akhirnya, saya berpeluang juga membeli album TXT untuk kemunculan semula mereka pada Mei 2022 yang lalu!
Serba sedikit mengenai minat saya terhadap karya-karya TXT, saya mengikuti mereka bermula 2019 dengan lagu debut 'CROWN' di bawah label Big hit Entertaiment (sekarang dikenali sebagai Big hit music). Lagu mereka yang benar-benar buat saya jatuh cinta kepada group ini ialah '0X1=LOVESONG (I Know I Love You) feat. Seori' pada tahun 2021! Seterusnya lagu mereka, 'LO$ER=LO♡ER' dan kini 2022, yang terbaharu... 'Good Boy Gone Bad' !
Okey, jom kita teruskan dengan 4th mini album mereka iaitu MINISODE 2: THURSDAY'S CHILD!
Terdapat beberapa versi album. Saya memilih versi 'MESS' seperti gambar di bawah:
![]() |
TXT (TOMORROW X TOGETHER) - 4th mini album [minisode 2: Thursday's Child] - MESS VERSION |
Apa yang saya dapat untuk album kali ini ialah Photo Book dengan revolusi 64p gambar setiap member. Saya belanja sikit antara pose mereka dalam photo book ni.
![]() |
Salah satu foto Taehyun dalam photo book album MESS VERSION |
![]() |
Salah satu foto Beomgyu dalam photo book album MESS VERSION |
![]() |
Foto kad (random) |
![]() |
Kad lirik pada pandangan hadapan |
Lagu-lagu yang termuat dalam dalam album kemunculan kembali mereka ialah:
Track 1: Opening Sequence
Track 2: Good Boy Gone Bad
Track 3: Trust Fund Baby
Track 4: Lonely Boy (네 번째 손가락 위 타투)
Track 5: Thursday's Child Has Far To Go
Mari kita layan dulu MV rasmi 'Good Boy Gone Bad' untuk comeback kali ini!
0 Comments