NGAUMAN CINDAKU OLEH A.DARWISY

NGAUMAN CINDAKU A.DARWISY

NGAUMAN CINDAKU oleh A.DARWISY
NGAUMAN CINDAKU oleh A.DARWISY
Kredit: Karangkraf mall

Assalamualaikum, hola friends! Bertemu lagi kita hari ini.

Baiklah, hari ini saya akan fokus kepada novel NGAUMAN CINDAKU oleh A.DARWISY di bawah terbitan Buku Prima yang dikeluarkan pada tahun 2018. Ketebalan muka surat novel NGAUMAN CINDAKU ialah sebanyak 413.

Novel ini saya beli pada 31 Mac 2022 dan terima pada 1 April 2022. Seingat saya, NGAUMAN CINDAKU berjaya dihabiskan tak sampai tempoh satu hari pun; merupakan novel bacaan pantas bagi saya.

Tagline novel ini ialah:

"Ini masanya kita tunjukkan belang keturunan kita yang sebenar!"

Untuk sinopsis penuh, boleh klik di sini

Penceritaan novel ini merangkumi dua zaman iaitu masa silam; tahun 1940-an dan juga masa kini; tahun 2016 begitu di mana kedua-dua zaman ini saling berkait antara satu sama. Dari mana semua kejadian ini bermula dan kemudian kesannya kepada generasi seterusnya dan pengakhiran mereka.

Apa pula maksud cindaku tu?

  • Ada dinyatakan dalam novel ini dan tentulah kalau nak tahu lebih mendalam dan garapan penulis, dapatkan novel ini segera!
  • Jika saya Google dan mendapatkan maklumat dari wikipedia, CINDAKU membawa maksud 'manusia harimau'. Lebih kurang macam, dia makhluk yang ada DNA manusia dan harimau. Haaa, gitew!
  • Tapi, ada pula manusia biasa yang menjadi 'harimau jadian' dengan menuntut ilmu salah demi kepentingan diri sendiri. Siapa pula tu yang dimaksudkan? Kenalah baca novel ini. Ada perbezaan antara keduanya.

Berdasarkan kulit belakang novel, berikut merupakan elemen yang ada dan peratusannya:

  • Mistik: 90% 
  • Ngeri: 80%
  • Takut: 70%
  • Konflik: 70%
  • Keluarga: 60%
Baiklah, itu sahaja untuk kali ini. Saya tinggalkan anda dengan video tiktok ulasan ini:
@gardenofbooks00 Novel Ngauman Cindaku oleh A.Darwisy merupakan novel bacaan pantas bagi saya. Saya baca novel ni semasa bulan 4 hari tu dalam masa sehari saja! Jalan cerita yang dipersembahkan menarik dan tersusun. Bermula zaman 40-an hingga 2016. Kita dapat tahu apa keturunan watak ni buat pada zaman dulu dan sebab akibatnya kepada keturunan akan datang sampai sanggup berbalahan. Nak tahu lebih lanjut, kena baca novel ini! #novelrecommendations #anuardarwisy #ngaumancindaku #bukuprima #novelseram ♬ gbgb harmonies - 𝕬𝖙𝖑𝖆𝖘

Bye, for now!

#A.Darwisy #Ngaumancindaku




Post a Comment

0 Comments