JANGAN PERCAYA oleh SYAIDA ILMUNA

JANGAN PERCAYA SYAIDA ILMUNA

Assalamualaikum dan hi there!

Jangan percaya oleh Syaida Ilmuna
JANGAN PERCAYA oleh SYAIDA ILMUNA

Hari ini kita akan cerita mengenai novel JANGAN PERCAYA oleh SYAIDA ILMUNA. Novel ni sebenarnya dah lama saya baca iaitu pada 24 Julai 2017. Lamakan... hahahaha.

Novel JANGAN PERCAYA merupakan novel ketiga penulis iaitu SYAIDA ILMUNA. Ia merupakan di bawah terbitan Alaf 21 dan diterbitkan pada tahun 2015 dengan ketebalan muka surat sebanyak 512.

Untuk sinopsis penuh, boleh klik di sini

Dalam novel ini, kita dikenalkan dengan watak Bella Amira, Rizqi dan Kaylina. Ketiga-tiga watak ni bolehlah dikategorikan sebagai watak utama dalam novel ini dan memacu keseluruhan perjalanan cerita di samping dengan watak-watak lain.

  • Bella - Punya kuasa, macam dejavu lah iaitu boleh rasa sesuatu peristiwa yang pernah berlaku atau pun akan datang. Kadangkala kuasanya itu boleh memberi kebaikan mahupun keburukan sampailah satu tahap, Bella ambil keputusan untuk mengabaikan kuasanya. Tapi, macam mana pula nanti Bella bagitahu bekas suaminya watak Kaylina sebenar? Haaa... tu kena bacalah.
  • Kaylina - Pandai berlakon di depan semua macam nak nampak suci sahaja padahal... hahahahah masyaAllah, kejam sangat! Ada banyak nyawa terkorban gara-garanya termasuklah mummy dan abang kandung sendiri sampai saya rasa terbau darahlah semasa membacanya. Watak ni memang psiko gila dan bijak. Senang kata, genius bukan kaleng-kaleng boleh memanipulasi situasi dan pandai menyorokkan perangai sebenar. Namun, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya, jatuh jua ke tanah. 
  • Rizqi - Bekas suami Bella dan kini, suami Kaylina dan kemudian berkahwin semula dengan Bella. Erk, macam mana pula boleh berlaku? Kena bacalah novel ni kalau nak tahu. Hahahaha...

Kalau mengikut kulit belakang novel, tema novel ini ialah

  • Thriller
  • Aksi 

Lepas tu, kalau kulit depan novel, terdapat subject matter belalang, pisau, darah dan balang. Haaa, cuba teka apa perkaitannya dengan isi cerita?

Apa pendapat anda? Boleh tinggalkan komen di bawah.

Baiklah, itu sahaja untuk kali ni.

Bye, for now!

#SyaidaIlmuna #Aksi #Thriller #Alaf21

Post a Comment

0 Comments