Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca blog Coffee, books and rose!
"Menghirup secawan kopi, ditemani muzik jazz ketika membaca sambil diserikan haruman mawar merah!"
Coffee, books and rose!
JENIS-JENIS BIJI KOPI
1. Arabica
![]() |
Biji kopi Arabica Kredit: Espresso International |
Jenis kopi Arabica menduduki carta pertama biji kopi yang paling banyak dinikmati populasi manusia di dunia iaitu sebanyak kira-kira 60%! Ianya biji kopi yang berasal dari Ethiopia dan harganya agak mahal jika dibandingkan dengan biji kopi lain kerana dihasilkan secara berkualiti di samping susah untuk ditanam dan juga memerlukan penjagaan rapi agar dapat tumbuh dengan baik. Berdasarkan nama sahaja, kita akan tahu biji kopi ni mendapat nama daripada masyarakat Arab dalam kurun ke-7! Namun, itu hanyalah ura-ura sahaja.
Dari segi rasa, Arabica mempunyai rasa yang lembut berbanding dengan Robusta dan kurang pahit namun baunya lebih mengancam jika dibandingkan dengan Robusta. Arabica mempunyai kandungan rendah chlorogenic acid dan juga rendah kafein dan sesuai untuk mereka yang mudah berasa sakit perut jika meminum kopi. Dari segi keadaan fizikal, ia mempunyai garisan beralun ~ itu membezakan ia dengan biji kopi Robusta yang garisan lebih tegak.
Contoh jenama atau produk yang menggunakan 100% Arabica seperti:
![]() |
Starbucks Espresso Roast Dark Roast Whole Bean Coffee Kredit: Weekend Plan |
2. Robusta
![]() |
Biji kopi Robusta Kredit: Espresso International |
![]() |
NESCAFÉ Classic Dark Roast Kredit: NESCAFÉ |
3. Excelsa
![]() |
Biji kopi Excelsa Kredit: Perfect Daily Grind |
Kopi jenis ini menurut sumber, adalah sebahagian spesis daripada Liberica. Ditemui di Afrika dan turut ditanam secara meluas di Asia Tenggara seperti Vietnam, the Philippines, India, Malaysia, dan Indonesia.
Walaupun berada dalam kelas yang sama dengan Liberica, biji kopi Excelsa lebih kecil dan bulat. Ia mempunyai rasa seakan buah sama seperti Liberica namun lebih kuat dan warna juga lebih gelap.
4. Liberica
![]() |
Biji kopi Liberica Kredit: Coffeeaffection |
Jenis biji kopi ni banyak terdapat di Africa dan rasa seperti buah serta berbau harum. Sebanyak kira-kira 1% populasi di dunia menikmati biji kopi jenis ini.
Di Malaysia, hampir 95% populasi menikmati kopi jenis Liberica terutama sekali dihidangkan di kebanyakan kopitiam. Selain itu, ia juga biji kopi yang banyak ditanam di Malaysia berbanding Robusta dan Arabica kerana kedua-dua jenis biji kopi ini sukar untuk tumbuh dengan baik di sini akibat keadaan cuaca dan keadaan tanah.
Contoh jenama atau produk yang menggunakan Liberica seperti:
![]() |
Kopi Hang Tuah Kredit: 7petalamart |
Habislah sudah coretan mengenai jenis-jenis biji kopi yang terdapat di dunia! Secara peribadi, saya sukakan kopi daripada biji kopi Arabica dan Robusta seperti jenama Nescafe Classic Arabica & Robusta. Untuk rasa lebih kaw pula, saya selalunya menikmati NESCAFÉ Classic Dark Roast.
Apa kopi kegemaran anda? Jangan malu jangan segan untuk tinggalkan komen anda!
Saya tinggalkan anda dengan TO DO X TXT episod 68 & 69.
Rujukan:
https://coffeeaffection.com/different-types-coffee-beans/
https://www.espresso-international.com/100-arabica-coffee/
https://www.myweekendplan.asia/top-10-arabica-coffee-beans-in-malaysia/
https://www.nescafe.com/my/our-coffees/nescafe-classic-dark-roast
https://www.espresso-international.com/100-robusta-coffee/
https://theprimadonnalife.com/coffee/the-bean/liberica-coffee-the-rarest-type-of-coffee/
https://www.therakyatpost.com/taste/2021/08/13/forget-arabica-coffee-have-you-tried-malaysias-own-liberica-coffee/
https://perfectdailygrind.com/2021/05/what-is-excelsa-coffee/
https://www.homegrounds.co/excelsa-coffee-beans/
#투모로우바이투게더 #TOMORROW_X_TOGETHER #TXT #TODO
2 Comments
Menarik!
ReplyDeleteThank you!
Delete