Novelis MARIA KAJIWA kembali dengan novel SAKTI BUNIAN!

Sakti Bunian oleh Maria Kajiwa
Sakti Bunian oleh Maria Kajiwa

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Selamat kembali ke blog Coffee, books and Rose! ~ "Menghirup secawan kopi, ditemani muzik jazz ketika membaca sambil diserikan haruman mawar merah!"

Alhamdulillah, semalam iaitu 26 Ogos 2022, saya sudah selesai membaca karya terbaharu novelis MARIA KAJIWA iaitu SAKTI BUNIAN! Novel ini telah diterbitkan pada Februari 2022 di bawah terbitan Fajar Pakeer dengan jumlah muka surat sebanyak 340.

Mari kita layan dahulu sinopsis;

Sebutir geliga bunian menjadi paksi kekuatan kerajaan bunian lautan sejak ratusan tahun.

"Mengikut cerita ayah aku, pulau tu memang ada bunian. Hantu pun ada." - Zahid

Pada tahun 1801 Masihi, dua orang pemuda, terpaksa berlindung di sebuah pulau yang dikatakan berpuaka. Demi menyelamatkan nyawa adiknya, Damaik terpaksa mencari air sehingga tersesat di dalam hutan tebal. Dia kemudiannya diselamatkan oleh seorang puteri bunian dan dibawa ke perkampungan mereka. Sejak itu, termetrailah janji antara mereka untuk bersaudara dan saling menjaga diikat dengan geliga tersebut Elly diarahkan membawa keluar sebutir geliga dari sebuah kolam bunian dalam tempoh tiga hari. Pelbagai kejadian berlaku. Elly hilang. Nurain pengsan. Farid entah ke mana dan Pak Derih tersesat. Mereka berpecah arah dan berusaha menyelamatkan nyawa masing-masing.

"Aku bertempik. Dia pun terbang ke puncak pokok." - Nurain

"Benda-benda macam ni ada khadam dia. Ada penjaga. Ada pemilik dia. Kalau lepas tiga perkara tu, lepaslah. Kalau tak, memang takkan dapat." - Pak Derih

"Mari. Mari ikut nenek. Nanti benda putih tu datang sini, nenek tak boleh tolong. Ini tempat dia." - Nek Tepah

Apa kesudahan nasib mereka berempat? Dapatkan batu geliga itu dibawa keluar seperti yang diarahkan? Mampukah mereka berempat keluar dari pulau itu hidup-hidup?

"Sudah beratus tahun, tiada manusia yang sampai ke sini." - Nang Nurbaya

★★★★★

Novel ini menggunakan dua garis masa ~ MASA LEPAS dan MASA SEKARANG di mana kedua-duanya saling berkait. 

Di samping itu, bagaimana seorang INDIVIDU menggunakan kelemahan atau kesusahan seseorang agar kepentingan diri sendiri tercapai tidak kiralah samada perlu mengorbankan nyawa orang itu mahupun mengikuti perkara khurafat. 

Selain itu, desakan hidup membuatkan seseorang sanggup menerima tawaran kerja yang tidak masuk akal jika difikirkan secara logik namun, mereka tidak punya peluang untuk berpatah balik melainkan mencuba dengan harapan dapat mengubah nasib masing-masing. Betapa wang mampu mengaburi pandangan manusia sampailah sanggup berbunuhan dan mengambil apa yang bukan milik mereka.

Selain dihidangkan dengan pelbagai pengajaran, haaa... pembaca juga dihidangkan dengan elemen yang mampu menaikkan bulu roma! Apa tu? Adalah.... dapatkan buku ini untuk pembacaan anda!

Ulasan saya di tiktok!

@gardenofbooks00 Novel seram Sakti Bunian oleh Maria Kajiwa terbitan Fajar Pakeer. "Selama berada di pulau ini, bersaudaralah kita manusia dan bunian." #novelseram #mariakajiwa #saktibunian #fajarpakeer #booktok #bookworm #bookrecommendations #ceritahantu #bookclub #booktoker #bookrecs #ceritahoror #ceritahantu #ceritaseram ♬ Sounds like a mystery music box - Yohei

Sekian sahaja untuk kali ini, Assalamualaikum! 💖🌹

Post a Comment

0 Comments