Assalamualaikum dan helo semua! Kembali lagi dalam postingan di blog ini! Kali ini saya nak menulis mengenai lagu daripada kpop group Tomorrow X Together iaitu 0X1=LOVESONG (I Know I Love You). Secara umumnya, lagu ini merupakan genre pop-rock dengan jumlah minit 3:22 di bawah label Big Hit Music.
Penulis lagu yang terlibat ialah Slow Rabbit, RM, Derek "Mod Sun" Smith, Andrew Migliore, Melanie Joy Fontana, hitman bang, danke, Will Simms, Gabriel Brandes, Matt Thomson, Max Lynedoch Graham.
Producer nya pula Slow Rabbit
Oh, ya... lagu ni sebenarnya terdapat beberapa versi di mana kesemua versi saya suka!
1) 0X1=LOVESONG (I Know I Love You) feat. Seori
Diterbitkan pada Mei 31, 2021 dan merupakan track kedua dalam album mereka The Chaos Chapter: FREEZE
Ini merupakan versi Korea dan menampilkan penyanyi solo Seori di dalam lagu ini.
2) 0X1=LOVESONG (I Know I Love You) feat. pH-1, Woodie Gochild, Seori.
Versi kedua berdasarkan tarikh diterbitkan iaitu 4 Julai 2021 menampilkan bahagian rap oleh penyanyi-penyanyi di bawah label H1ghr Music dan juga Seori.
3) 0X1=LOVESONG (I Know I Love You) 피처링. Seori (Emocore Mix)
Selain itu terdapat juga yang dimuatkan dalam album The Chaos Chapter: FIGHT OR ESCAPE dikeluarkan pada 17 Ogos 2021
4) 0X1=LOVESONG (I Know I Love You) feat. MOD SUN
Okey, versi seterusnya ialah yang diterbitkan pada 10 September 2021. Mod Sun merupakan salah seorang penulis untuk lagu ini.
5) 0X1=LOVESONG (I Know I Love You) feat. Ikuta Lilas
Versi seterusnya merupakan dalam bahasa Jepun yang dikeluarkan pada 10 Oktober 2021 dan termuat dalam album Chaotic Wonderland. Ikuta Lilas ni merupakan penyanyi Jepun dari kumpulan Yoasobi
Selain daripada boleh didengari di Youtube, kita juga boleh online streaming di:
1) Joox
2) Spotify
... dan beberapa lagi platform atas talian sah yang lain!
Tinggalkan komen anda mengenai versi mana yang paling anda suka!
Rujukan:
https://kprofiles.com/seori-profile/
https://ibighit.com/txt/eng/discography/detail/the_chaos_chapter_freeze.html
https://www.youtube.com/watch?v=pB8uJ5MpMRk
https://www.youtube.com/watch?v=ot5ynAV7MMA
https://www.youtube.com/watch?v=EieUsaKgbsU
https://www.youtube.com/watch?v=TP7FtzBuT8s
https://www.youtube.com/watch?v=d5bbqKYu51w
https://bts.fandom.com/wiki/0X1%3DLOVESONG_(I_Know_I_Love_You)
https://jpop.fandom.com/wiki/Ikuta_Lilas
0 Comments