13 Ogos! Selamat hari kidal sedunia!

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Selamat kembali semula ke blog saya,

"Coffee, Books and Rose!"

    Cuba teka... ada apa pada tarikh 13 Ogos setiap tahun? Untuk pengetahuan semua, 13 Ogos adalah merupakan hari kidal sedunia! Hari kidal sedunia sangat dekat dengan saya kerana saya sendiri merupakan seorang bertangan kidal di mana ~ tangan kidal lebih dominan digunakan dalam melakukan apa-apa pekerjaan dalam kehidupan seharian.

Menulis menggunakan tangan kiri
Menulis menggunakan tangan kiri
Kredit: The Vocket

  • Memetik sumber dari CNBCTV18, hari kidal diadakan untuk meraikan keunikan dan perbezaan seorang individu kidal dalam komuniti. 
  • Menurut sejarah permulaan hari kidal sedunia ni, ia telah dimulakan pada tahun 1979 oleh pengasas Persatuan Kidal Antarabangsa dalam menyebarkan kesedaran mengenai orang bertangan kidal.
  • Kalau kita melihat sekeliling, orang bertangan kidal ni boleh dihitung dengan jari kerana jumlah tersangat sikit, kira-kira hanya dalam 10-20% populasi di dunia.
  • Selalunya individu bertangan kidal lebih menguasai sesebuah sukan berbanding dengan individu bertangan kanan. Antara ahli sukan yang bertangan kidal seperti Rafael Nadal ~ pemain tenis
  • Selain sukan, orang bertangan kidal juga banyak terdapat dalam bidang kreatif seperti muzik dan penulisan. Penyanyi yang saya kenal setakat ni yang bertangan kidal ialah KANG TAEHYUN daripada kumpulan TOMORROW X TOGETHER !

Menurut pengalaman saya sendirilah, banyak peralatan seharian sukar digunakan sebagai seorang individu kidal, Contoh, gunting yang dicipta untuk orang tangan kanan. Tangan kidal saya susah dan lemah untuk menggunting dan disebabkan kesukaran ini saya berjaya menggunakan gunting pada tangan kanan. Hanya semasa memotong menggunakan pisau sahaja saya masih bertangan kidal, begitu juga kalau menulis menggunakan pensil dan pen.

Secara peribadi, walaupun saya kidal semenjak dari kecil, saya tak pernah merasakan saya seorang yang pelik kerana tidak mampu menulis secara normal menggunakan tangan kanan malahan, saya berasa saya seorang yang unik dalam cara tersendiri. 

Apapun tangan yang awak gunakan, 

"You are special in your ways!"

Baiklah, setakat ini saja coretan saya kali ini.

SELAMAT HARI KIDAL SEDUNIA! 

💖🌹


Untuk bacaan lanjut mengenai fakta tangan kidal boleh rujuk:

https://www.thevocket.com/17-perkara-kenapa-orang-kidal-lebih-power-dari-orang-tangan-kanan/

https://www.thepatriots.asia/kidal-yang-istimewa/

https://www.cnbctv18.com/world/international-left-handers-day--its-significance-in-a-right-hand-biased-world-14448252.htm

https://siraplimau.com/kelebihan-orang-kidal-fakta/

Post a Comment

0 Comments