![]() |
Kulit depan buku Pendiam?: Memahami Personaliti Introvert dalam Dunia Ekstrovert oleh Aiman Amri & Aqila Masri |
Assalamualaikum, semua! Saya sudah selesai membaca ebook PENDIAM?: Memahami Personaliti Introvert dalam Dunia Ekstrovert oleh Aiman Amri dan Aqila Masri hari ini iaitu 1 September 2022. Saya pinjam ebook ini di PPAS Digital Library. Kawan-kawan yang mencari boleh ke https://ppas.elib.com.my/index.php/book/details/332847 sementara ebook ini masih ada. Ebook ini mempunyai 205 muka surat di bawah terbitan Iman Publication dan dikeluarkan pada tahun 2020. Harga jualan ialah RM 21.90.
Mari kita layan dahulu sinopsis ebook ini:
🌹🌹🌹🌹🌹
Baiklah, isi kandungan ebook ini sangat berkaitan dengan diri saya memandangkan saya juga seorang introvert. Sangat menarik ebook ini kerana saya dapat mengenali potensi diri dan tidak merasa rendah diri menjadi seorang introvert. Di samping itu, dapat mengetahui perbezaan antara ekstrovert vs introvert; kedua-dua personaliti mempunyai kelebihan masing-masing dan saling melengkapi antara satu sama lain.
Selain itu, turut dinyatakan antara stigma yang selalu seorang introvert seperti introvert mestilah senyap atau pemalu walhal ada sahaja introvert yang banyak cakap cuma bezanya mereka merupakan individu yang gemar menghabiskan masa dengan aktivit sendirian berbanding dengan aktiviti sosial. Ebook ini turut memberi panduan untuk mendekati seorang introvert.
Akhir kata, apapun personaliti kita,
"You are unique in your ways!"
Assalamualaikum dan jumpa lagi, Insya-Allah!
💞🌹
0 Comments