Cara baca buku percuma secara SAH!

Assalamualaikum dan hai semua!

Mesti ramaikan ulat buku atau tak pun... suka membaca. Kalau tak dapat membaca tu, rasa macam ada sesuatu yang hilang dalam jiwa. Haaa... gitew!

Okey, saya nak bagitahulah di mana kita boleh dapat membaca ebook percuma tapi sah di sisi undang-undang. Yalah, benda berkaitan dengan hak cipta ni jangan buat main. Tak baik tau.

Cara pertama ialah dengan mendaftar menerusi website eLib Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) atau eLib perpustakaan awam negeri.

1. Apa eLib ni pula?

Menurut pemahaman saya, eLib merupakan satu aplikasi dibangunkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) yang mengandungi ebook atau buku elektronik pelbagai tajuk terpilih yang boleh dipinjam dalam suatu tempoh secara percuma!

Tangkap layar elib PNM
Tangkap layar elib PNM

2. Macam mana nak pinjam?

Senang sahaja, kita daftar masuk dahulu, kemudian pilih ebook yang kita suka dan jika tajuk itu tersedia untuk pinjam, dah boleh pinjam lalu baca.

Tapi, sebelum tu kena muat turun dahulu aplikasi e-sentrel yang terdapat pada bawah website untuk membolehkan kita membaca ebook yang dpinjam. 

Tangkap layar elib
Pilih operating system komputer anda lalu muat turun

3. Macam mana kalau ebook saya nak tu tak ada di elib PNM?

Jika anda lalui situasi begini, anda boleh Google sahaja elib perpustakaan awam negeri kerana kemungkinan judul yang anda mahu tu ada di situ. Contoh, anda boleh ke elib Perpustakaan Awam Selangor atau elib Perpustakaan Awam Terengganu. 

Setiap negeri ada je elib ni. Jadi, anda bolehlah pilih perpustakaan mana yang anda mahu pinjam ebook.

Baiklah, sekarang kita sudah pun boleh cari judul ebook yang kita nak! Selamat membaca! 💕🌹

Apa pendapat anda? Ada pertanyaan? Boleh tinggalkan komen di bawah. Insya-Allah saya cuba membantu.

Post a Comment

0 Comments