Info menarik mengenai COKLAT!

Assalamualaikum dan hai semua! Selamat kembali ke blog saya.

Siapa je kan tak suka coklat? Tapi, apa yang menariknya coklat ni? Jom kita tengok sama-sama!

Dark chocolate kredit to Everyday health

1. Sejarah coklat

Bermula kira-kira 4000 tahun lampau di Mesoamerica yang kini dikenali sebagai Mexico di mana telah dijumpai pokok koko. Mereka telah meminum koko sebagai perubatan dan juga upacara ritual. 

Pada 1828, apabila revolusi perindustrian sedang pesat berkembang, mesin pembuatan coklat telah dicipta dan dihasilkan secara besar-besaran. Dari sinilah serbuk koko telah berjaya dihasilkan. Kemudian, dicampurkan dengan beberapa bahan sebelum menjadi bar coklat.

2. Coklat putih bukanlah coklat!

White chocolate
White chocolate
Kredit: Wikipedia

Haaa... macam mana tu? Ini kerana coklat putih bukanlah diperbuat daripada bahan sirap koko dan pepejal koko sebaliknya diperbuat dari minyak sayuran. Kalau perasan, rasa coklat putih ini lebih manis berbanding coklat susu dan coklat hitam.

3. Coklat memberi kelebihan kepada kesihatan

Siapa yang hobinya makan tetapi bercita-cita kurus? Haaa... termasuklah saya. Okey, selain rasanya yang sedap dark chocolate dikatakan lebih mengenyangkan berbanding coklat susu dan kalau kita dah kenyang, kita dah rasa tak nak makan lagikan. 

Selain itu, coklat dapat mengurangkan tekanan atau stress kerana koko mengandungi tryptophan, asid amino yang mempunyai kesan menenangkan. 


Rujukan:

https://iluminasi.com/bm/adakah-white-chocolate-boleh-dikategorikan-sebagai-coklat.html

https://www.mentalfloss.com/article/57507/20-things-you-never-knew-about-chocolate

https://www.magnumicecream.com/my/en/stories/food/the-history-of-chocolate.html

https://sinarplus.sinarharian.com.my/lifestyle/10-kebaikan-coklat-yang-pasti-ramai-tak-sangka-tapi-agak-menakutkan-bila/


Post a Comment

0 Comments