Assalamualaikum semua!
Selamat kembali ke blog saya!
Sebenarnya posting ini ditulis sebab saya selalu lupa filem apa je yang pernah Shah Rukh Khan dan Kajol berlakon bersama-sama. Mari kita imbas kembali 7 filem lakonan mereka setakat ini.
1. Baazigar (1993)
![]() |
Baazigar (1993) Kredit: imdb |
Masa pun berlalu, Ajay dan Madan Chopra bertemu. Mereka saling berbunuhan dan akhirnya Madan Chopra mati dan Ajay yang cedera parah mengatakan dia berjaya membalas dendam. Akhirnya, Ajay juga mati di sisi ibunya.
Selain daripada SRK dan Kajol, filem ini turut dibintangi Shilpa Shetty. Antara lagu dalam filem ini yang paling saya ingat ialah... Baazigar O baazigar. Boleh tonton di bawah:
2. Karan Arjun (1995)
![]() |
Karan Arjun (1995) Kredit: imdb |
3. Dilwale Dulhania Le Jayenge (1995)
![]() |
Dilwale Dulhania Le Jayenge (1995) |
Siapa tak kenal filem ni kan? Ni memang antara filem lakonan mereka yang menjadi kegemaran saya. Tajuknya kalau dalam bahasa Melayu 'Yang Berjiwa Besar Akan Mengambil Pengantin'. Secara ringkas filem ini mengisahkan Simran lakonan Kajol telah dibesarkan dalam keadaan penuh adat India walaupun mereka sekeluarga tinggal di London. Bapanya seorang yang sangat tegas sampaikan Simran takut nak minta izin untuk keluar mengembara bersama rakan-rakannya. Pada masa yang sama, Simran akan ditunangkan dengan anak kepada kawan bapanya semasa mereka pulang ke India nanti.
Semasa berjalan-jalan di Eropah, Simran bertemu kali pertama dengan Raj Malhotra lakonan SRK di dalam kereta api. Sepanjang percutian tu, macam-mcam berlaku. Raj pula seorang yang sangat bebas cara hidupnya berbeza dengan Simran. Setelah percutian mereka tamat, aneh bukan mereka tiba-tiba saling merindu bahkan saling jatuh cinta.
Raj mencari rumah Simran malangnya dia terlambat kerana Simran sekeluarga sudah kembali India. Sampai ke India Raj sanggup cari tapi dia menghadapi masalah untuk memikat hati bapa Simran lakonan Amrish Puri dan hakikat Simran bakal ditunang. Akhirnya perasaan mereka berdua terbongkar dan mengundang kemarahan tunang Simran dan bapanya. Tapi, mestilah hero dan heroin bersatu.
4. Kuch kuch hota hai (1998)
![]() |
Kuch Kuch Hota Hai (1998) |
Filem yang satu ni tak perlu diperkenalkan lagi. Memang mendapat tempat di hati semua oranglah! Ringkasnya mengenai dua orang sahabat Rahul Khanna lakonan SRK dan Anjali Sharma lakonan Kajol. Dalam diam rupanya Anjali menyimpan perasaan terhadap Rahul. Malangnya, Rahul tertarik dengan Tina lakonan Rani Mukerji. Hinggalah mereka berkahwin dan Anjali membawa diri. Beberapa tahun kemudian, Tina meninggal dunia setelah bersalin namun sempat meninggalkan surat kepada anaknya yang menceritakan mengenai kehidupan mereka zaman remaja di kolej.
Dari situ bermulalah misi Anjali Khanna anak Rahul untuk menyatukan bapanya dengan sahabat lama.
5. Kabhi Khushi Kabhie Gham... (2001)
![]() |
Kabhi Khushi Kabhie Gham... (2001) |
6. My Name Is Khan (2010)
![]() |
My Name Is Khan |
Setelah beberapa tahun, SRK dan Kajol kembali bergandingan di dalam filem ini. Mengisahkan Rizwan Khan (SRK) menghidapi Aspenger Syndrome dan menghadapi pelbagai masalah dari kecil hinggalah besar. Rizwan bertemu dengan Mandira (Kajol) yang pernah berkahwin dan mempunyai anak. Mereka pula berkahwin tidak lama kemudian. Macam-macam dugaan yang mereka hadapi seperti Rizwan dituduh sebagai pengganas sehinggalah dipenjarakan. Selain itu, Mandira salah faham terhadap Rizwan dan menyalahkannya di atas kematian Sam iaitu anaknya.
7. Dilwale (2015)
![]() |
Dilwale |
Alright, lengkap sudah 7 filem lakonan mereka setakat tahun ini. Antara semua tu, mana satu filem kegemaran anda? Boleh tinggalkan komen di bawah. Bye, jumpa lagi... Assalamualaikum!
💞🌹
Rujukan:
https://en.wikipedia.org/wiki/Baazigar
https://en.wikipedia.org/wiki/Karan_Arjun
https://en.wikipedia.org/wiki/Dilwale_Dulhania_Le_Jayenge
https://en.wikipedia.org/wiki/Kuch_Kuch_Hota_Hai
https://en.wikipedia.org/wiki/Kabhi_Khushi_Kabhie_Gham...
https://en.wikipedia.org/wiki/My_Name_Is_Khan
https://en.wikipedia.org/wiki/Dilwale_(2015_film)
0 Comments