Novel BUSUNG oleh Shukriah Rodzi terbitan Dearnovels!

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Kulit depan novel BUSUNG oleh SHUKRIAH RODZI
Kulit depan novel BUSUNG oleh SHUKRIAH RODZI

Tanpa membuang masa, ayuh ke isi utama!

Sebenarnya novel BUSUNG oleh Shukriah Rodzi ni saya dah baca lama dah. Namun, baru bersempatan untuk mengulas sedikit mengenainya. Novel ini terbitan Dearnovels tahun 2018 dengan ketebalan muka surat sebanyak 261. Novel yang bagi saya tidaklah tebal namun, jalan ceritanya padat iaitu terus kepada isi cerita tanpa lewah-lewah ke bahagian tidak penting. Novel yang tersangat banyak pengajaran yang boleh diambil sebagai contoh, jangan terlalu mendengki dengan kelebihan orang lain sehingga menjadi dendam yang tidak mampu dipadam sehingga sanggup melakukan perkara terkutuk untuk memusnahkan orang lain. Selain itu, adik-beradik atau saudara-mara tidak baik saling berdendam hanya kerana harta. Pulangkan atau berikan hak kepada mereka yang sepatutnya. Jangan bersikap tamak kerana hanya memusnahkan diri. Selain itu, jangan kalau ada masalah sikit, haaa... terus mensyirikkan Allah. Jangan lupa yang berkuasa itu ALLAH pemilik sekalian alam.

Selain daripada sarat dengan pengajaran, novel ni nama pun novel seram jadi, novel ni bagi saya elemen seram dia menjadi tanpa perlu jumpscare terlbeh orang kata!

Kesimpulan, novel yang boleh diambil pengajaran dan dijadikan iktibar.

Saya tinggalkan anda dengan video tiktok saya ini!


 

Post a Comment

0 Comments