AKU MAHU MEMBACA 1000 TAHUN LAGI OLEH IMAN DANIAL HAKIM

Aku mahu membaca 1000 tahun lagi
Kulit depan Aku mahu membaca 1000 tahun lagi oleh Iman Danial Hakim


Tempat terbitan: Kuala Terengganu
Penerbit: Jejak Tarbiah Publication
Jumlah muka surat: 127
Tahun terbitan: 2018
Sasaran umur: 13 tahun ke atas


Komen fizikal: Illustrasi kulit buku yang menarik

POSITIF: Sesuai untuk pencinta buku

NEGATIF: Pengisian bab akhir yang seolah-olah tergantung dan memerlukan penambahan bab.

KELEBIHAN: Terdapat ulasan buku-buku sastera yang menarik dan pernah dibaca oleh penulis serta pembedahan puisi Chairil Anwar secara ringkas yang boleh memberi pengetahuan tambahan kepada pembaca

LUAHAN RASA: Sesuai untuk pencinta buku yang ingin bertukar-tukar pandangan mengenai dunia buku yang mereka sukai ini.Memecahkan streotaip orang awam terhadap pencinta buku. Menunjukkan bahawa kita boleh mengembara, mempunyai pengalaman yang seronok, melakukan aktiviti bersama komuniti bibliofil berbanding hanya duduk sendirian membaca.


SINOPSIS

Terdapat pengalaman penulis mengimbas kembali bagaimana dia terlibat dengan dunia buku. Selain itu, penulis menceritakan tentang diri menyertai pertandingan membaca anjuran Buku Jalanan Titi 2017 dan bagaimana beliau menjadi juara untuk pertandingan itu. Pengalaman bersyair ketika hari graduasi dan bagaimana beliau menemui pemuisi, Solihin Osman turut diceritakan. Kemudian, pengalaman mencari kedai-kedai buku di Banda Aceh diceritakan dengan penuh informatif. Tentang bahan-bahan sastera yang beliau beli dan jumpai dihuraikan dengan maklumat lengkap bahan berkenaan. Seterusnya, penulis ada mengajar pembaca bagaimana untuk membedah buku dan beberapa ulasan buku yang pernah dibaca oleh beliau turut disertakan.


#Akumahumembaca1000tahunlagi #ImanDanialHakim

Post a Comment

0 Comments