BTS - NOT TODAY Lagu yang menaikkan semangat saya!

Album: You never walk alone

Album: You never walk alone

NOT TODAY
Oleh: BTS
Tahun keluaran: 2017
Durasi: 4:51
Genre: Hip-hop, rap
Terbitan: Big Hit Label
Penulis lagu: Hitman Bang, Pdogg, Supreme Boy, RM, June


PENDAPAT PERIBADI

Jika dilihat dari sudut positif, lagu ini boleh membangkitkan semangat dengan cara mengajak pendengar tidak berputus asa dalam mengejar cita-cita mereka walaupun sukar untuk dicapai. Ini dapat dilihat pada bait-bait liriknya.

Hal ini demikian kerana, setiap hari merupakan hari perjuangan. Setiap halangan yang mendatang bukanlah masalah namun ia merupakan perjalanan indah untuk berjaya.

Permulaan lagu menceritakan tentang kegagalan dalam sesuatu perkara namun ia bukanlah pada hari ini kerana pada hari ini mereka akan melawan segala rintangan mendatang.

Pertengahan lagu turut menceritakan jika mereka tidak mampu untuk terbang, maka, mereka akan berlari dan terus berjaya menghadapi cabaran hidup. Namun, jika tidak mampu untuk berlari maka, mereka akan berjalan, merangkak atau dengan apa sekali cara dan tidak akan sesekali berputus asa.

Pengakhiran menceritakan bahawa mereka tidak akan gagal kerana mereka mempercayai keupayaan diri sendiri dan melupakan ketakutan dalam diri kerana hari ini bukan hari untuk mereka gagal.

MV BTS - NOT TODAY


Post a Comment

0 Comments