KORBAN KASIH OLEH FATIMAH SAIDIN

Korban kasih oleh Fatimah Saidin
Kulit depan novel korban kasih oleh Fatimah Saidin


Tajuk novel: Korban kasih
Terbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka
Penulis: Fatimah Saidin
Tahun: 1995 (cetakan pertama) 2020 (cetakan keenam)
Tema: Kekeluargaan

Positif

Kesabaran dan ketabahan seorang anak untuk mendapatkan kasih sayang seorang ibu

Negatif

Ibu yang cemburu apabila seorang anak itu lebih disayangi oleh ayahnya.

Luahan rasa

Dalam novel Korban Kasih oleh Fatimah Saidin, dapat merasai suasana kampung kerana jalan penceritaan yang hidup. Kisah yang terpencil namun sering juga terjadi dalam masyarakat tanpa kita sedar. Pembaca tersentuh melihat keluhuran jiwa Jalil (watak utama). Buku yang sangat bagus untuk dibaca dan diselami jiwa setiap watak.

Kita semua maklum novel korban kasih 1 dan 2 telah diaptasi menjadi drama semasa ramadhan di rtm 1. Kedua-dua format mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Pada pandangan peribadi pembaca yang telah membaca novel dan menonton drama tersebut, setiap episod dalam drama sangat meruntun hati sehingga menitiskan air mata. Nilai murni yang sangat bagus diambil kira dalam versi novel mahupun drama.

Terdapat dialog dalam novel dan drama ini yang sangat meruntun hati pembaca iaitu:

“Kalau abang berjaya mendapat secebis kasih emak, itu sudah lebih daripada cukup.”

Jalil

Apabila pengulas memahami maksud dialog itu, bagi Jalil dan malah semua orang kasih ibu bapa sangat penting.


Sinopsis

Sebuah cerita kekeluargaan yang diceritakan oleh Fatimah. Dia melihat abangnya, Jalil yang disisihkan daripada mendapat kasih sayang seorang ibu. Sungguhpun begitu, Jalil disayangi oleh ayah dan adik beradiknya yang lain. Walaupun dibenci oleh ibu kandungnya sendiri, Jalil tidak pernah membalas kebencian itu sebaliknya, dia berusaha meraih hati ibu. Namun, setabah mana hatinya, pasti goyah suatu hari. Dia membawa diri. Langkah si ibu makin pincang terutama sekali setelah ayah meninggal dunia. Ketika itu, si ibu baru menyedari kesilapannya. Pada akhirnya, Jalil mempertemukan datuk dan nenek dengan ibunya. Kisah silam yang lalu menjadi sebab ibu membenci Jalil.


Akhir kata, meleleh air mata saya semasa membaca novel ini. Melihat drama Korban kasih lagilah meleleh air mata.


#FatimahSaidin #Korbankasih

UPDATE 2022!

Saya buat video tiktok untuk buku ini!

@gardenofbooks00 Novel meruntun jiwa; Korban kasih 1&2 oleh Fatimah Saidin terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Pernah dijadikan drama di RTM1 pada tahun 2020 sempenan bulan ramadhan. Novel yang sarat dengan pengajaran. #korbankasih #fatimahsaidin #dewanbahasadanpustaka #adaptasinovel #novelmelayu #ulasannovel #bookrecommendations #fypã‚· ♬ Sad background music of piano and strings - Rinotzr

Post a Comment

0 Comments