SARANG OLEH FITRI HUSSIN

Kulit depan novel Sarang oleh Fitri Hussin


Judul: Sarang
Genre: Thriller
Terbitan: Buku Prima
Tahun terbitan: 2019
Halaman:409
ISBN: 978-967-498-022-1


Pada September 2021, saya menamatkan pembacaan novel ini. Saya mendapatkan dan membeli novel ini menerusi aplikasi Shopee. Boleh klik di sini untuk membeli novel ini.

Amaran sebelum meneruskan pembacaan dipostingan ini, terdapat beberapa spoiler.


Menarik tentang novel Sarang oleh Fitri Hussin, mengetengahkan watak Kamil ‘mastermind’ untuk pembalasan dendam kepada waris Empat Naga Bersaudara. Apa kisahnya Empat Naga Bersaudara ini? Semuanya ada dalam novel ini.

Seperti yang terdapat dalam sinopsis, waris-waris Empat Naga Bersaudara telah dipertemukan setelah berlaku konflik pertelingahan penulis sebenar manuskrip yang mereka terima secara tidak langsung. Penempatan mereka di rumah agam sebenarnya mendedahkan mereka kepada bahaya yang tidak pernah terlintas dalam benak masing-masing.

Manuskrip yang diterima…ada apa pada manuskrip tu kan? Secara tidak langsung manuskrip itu seperti penceritaan peristiwa nyata yang pernah berlaku kepada Empat Naga Bersaudara. Rumah agam milik ketua editor Tekukur Press itu sendiri memainkan peranan penting dalam episod pembalasan dendam ini. Cara kematian mereka di rumah itu juga berkait rapat dengan manuskrip itu.

Paling tidak dijangka ialah watak Rania yang mempunyai perkaitan dengan Kamil. Di sinilah penulis bermain dengan pemikiran psikologi pembaca…plot twist yang berjaya! Kamil yang sentiasa berada di sisi Rania, membantunya tidak kira masa…tapi, siapakah dia? Lagu yang berjudul ‘Kita berdua’ sudah seperti lagu rasmi buat mereka.

Sesungguhnya di dalam hati seseorang itu ada sarang di mana kejahatan tersembunyi. Ia akan keluar atau terlepas bila-bila masa sama ada disedari atau tanpa disedari.

Petikan daripada novel Sarang

Sekian untuk kali ini. Sampai jumpa di postingan yang lain, insya-Allah! 

Post a Comment

0 Comments