NOVEL RAUDHAH OLEH RAMLEE AWANG MURSHID

Kulit depan Novel Raudhah oleh Ramlee Awang Murshid

Judul: Raudhah
Terbitan: Alaf 21
Tahun terbitan: 2015
Halaman:562
ISBN: 978-967-86-0468-0

Raudhah oleh Ramlee Awang Murshid – sebenarnya saya sudah membacanya buat kali pertama pada April 2015. Setelah itu, beberapa kali juga saya mengulang pembacaan novel ini. Baru saat ini baru saya terfikir untuk menulis mengenai novel ini. Harap tidak terlambat lagi ya…hehehehe

Amaran sebelum meneruskan pembacaan dipostingan ini, terdapat beberapa spoiler.


“Bismillah…aku mencintaimu…”

Petikan daripada novel Raudhah

Pertama sekali kalau dilihat pada judul iaitu ‘Raudhah’, ia membawa maksud ‘Taman-taman syurga’ dan di antara tempat yang mustajab untuk berdoa. Menariknya, watak Hambali mengelarkan tunangnya iaitu Junaidatul Fatiah sebagai ‘Raudhahku’ kerana mengibaratkan keayuan gadis itu seperti bidadari.

Novel Raudhah ini merupakan pengembaraan Faris di alam koma setelah jantungnya berhenti berdengup selama 3 minit. Jika diikutkan logik, Faris akan disahkan meninggal dunia.

Alam koma itu terasa seperti berada di alam nyata. Semasa berada di alam koma, Faris merupakan Joker iaitu seorang ‘contract killer’ – membunuh sudah menjadi permainan dalam hidupnya. Kisah hidupnya tidak pernah indah semenjak daripada kematian ibu bapanya dalam kemalangan jalan raya.

Suatu hari, hatinya terdetik untuk berubah. Namun, bukan semudah itu kerana White tidak akan pernah membiarkan dia pergi begitu sahaja. Apabila si Joker mulai ingkar akan arahan White, nyawanya mulai diincar oleh pemegang kontrak itu. Nyawa sahabatnya, Hambali menjadi taruhan sehingga terkorban.

Apa yang menariknya, seperti biasa Ramlee Awang Murshid akan menyajikan ‘plot twist’ yang tidak terjangka. Watak White yang sememangnya sentiasa berada dekat dengan Joker. Erti kata lain, masing-masing tidak mengetahui siapa di sebalik Joker dan White. Ironinya, mereka saling mencari. Dan tentu, tidak tersangka siapa White sebenarnya dan sebab mengapa berlaku pembunuhan. Kisah ini terkait rapat dengan mantan ketua sebuah organisasi yang digelar ‘shijue’.

Penggunaan mawar putih sebagai simbolik untuk pembunuhan yang akan datang itu…idea yang menarik diketengahkan oleh penulis. Tambahan pula, ‘signature killer’ yang ditinggalkan Joker setelah melakukan pembunuhan.

Perjalanan taubat Faris diteruskan lagi setelah kematian White dan Hambali. Hakikat manusia yang sentiasa digelumangi dosa, Faris mencari Raudhah – bertaubat dan menginsafi perbuatannya yang lalu. Turut menggelarkan dirinya Awwabin – orang yang bertaubat.

Fitrah manusia untuk mencintai dan dicintai. Dalam novel ini, setelah kematian Hambali, Faris hidup dengan jantung yang didermakan oleh sahabatnya itu. Tak dinafikan, dia seperti mencintai Junaidatul Fatiah yang digelar Raudhahku oleh Hambali. Ketika berada di kawasan perkuburan, apabila Faris dan Junaidatul saling menatap, mereka rebah. Berlaku pertukaran situasi dan Faris mendapati dirinya baru sedar dari koma.

Walaupun Faris bukanlah seorang pembunuh di alam nyata, apa yang boleh dikatakan dengan watak Faris ini, dia merupakan seorang yang hidup dengan kebebasan dan kebaratan. Alam koma memberinya keinsafan dan mempengaruhi oleh sekeliling – mungkin inilah teguran Allah kepada mereka.

Terdapat juga babak di mana Faris menemui Junaidatul Fatiah di alam nyata – gadis itu juga mengalami fenomena yang sama seperti Faris. Namun, alam koma tetap alam koma. Pengakhirannya, Faris menyedari sesuatu dan menemui Raudhahnya yang sebenar.

“Bismillah…abang mencintaimu…Raudhahku,”

Faris

Sekian untuk postingan kali ini. Jumpa lagi pada masa akan datang, insya-Allah!

Post a Comment

0 Comments