Assalamualaikum dan hi!
Post ini saya pernah naikkan di laman web saya yang lain. Link asal post ini ialah: https://rainyroserm.wordpress.com/2021/09/12/petikan-oleh-ungku-abdul-aziz-ungku-abdul-hamid/
Ungku Abdul Aziz Hamid |
“Bahasa Melayu penting untuk mewujudkan perpaduan sementara Bahasa Inggeris boleh digunakan untuk pembangunan ekonomi negara.”
Bernama, 28 July, 2008
“Bagi saya kalau kita sentiasa bekerja keras, kita akan dapat membongkar penemuan ilmu yang baru, bukan mencipta ilmu tersebut,”
Bernama, 16 November, 2006
”Perpaduan adalah asas kepada segala-galanya, tanpa perpaduan tidak ada apa pun yang boleh dicapai di negara ini,” katanya. Jelas beliau, pengukuhan bahasa Melayu itu hendaklah merangkumi aspek-aspek seperti memastikan penggunaan bahasa itu dilakukan dengan nahu dan tatabahasa yang tepat.
Utusan Malaysia, 8 July, 2009
“Golongan itu perlu memikirkan, sekiranya mereka malas membaca kemajuan tidak akan diperolehi, sebaliknya jika rajin melakukan kegiatan itu tidak mustahil mereka mencapai kecemerlangan.”
Berita Harian, 15 May, 2000
“Kita hendaklah berhijrah meninggalkan segala perbuatan yang tidak baik dan menentukan azam bagi melakukan apa yang dicita-citakan.”
Utusan Malaysia, 9 May, 1997
“Saya sedih melihat penuntut kini hanya membaca buku untuk lulus periksa malah ada juga yang menggunakan isi buku untuk diplagiat bagi menyiapkan tugasan mereka dan bukannya untuk menambah ilmu pengetahuan.”
Bernama, 22 September, 2011
“Kita kena fikirkan, cari jalan dan kaedah, bagaimana kita boleh ubah minda dan fikiran orang Melayu terhadap diri mereka sendiri dan persekitarannya supaya mereka boleh jadi Kiasu, aktif, gila kerja, tak suka duduk diam, sungguh-sungguh, setia, bertanggungjawab, cinta serta sayangkan bangsa dan agamanya.”
Bernama, 28 October, 2007
“Berfikir secara menegak ialah apabila manusia mahukan sesuatu contohnya nak bonus, hadiah. Berfikir secara mendatar ialah bagaimana nak mencapai apa yang dikehendaki atau menghuraikan sesuatu masalah.”
Bernama, 2 August, 2007
#UngkuAbdulAziz #Quotes
0 Comments