Novel Persis Drakula oleh Asraf Shaari

Persis Drakula oleh Asraf Shaari
Persis Drakula oleh Asraf Shaari

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Selamat kembali ke blog Coffee, books and Rose! ~ "Menghirup secawan kopi, ditemani muzik jazz ketika membaca sambil diserikan haruman mawar merah!"

Alhamdulillah, pada hari ini iaitu 27 Ogos, saya selesai membaca karya terbaharu novelis ASRAF SHAARI iaitu PERSIS DRAKULA! Novel ini telah diterbitkan pada Mei 2022 di bawah terbitan Fajar Pakeer dengan jumlah muka surat sebanyak 387.

Mari kita layan dahulu sinopsis;

Sejarah menjadikan dirinya liar. Sekelilingnya adalah musuh utama. Dia tergoda dengan duniawi sehingga tergamak mengikut telunjuk iblis. Darah manusia adalah santapan utamanya.

Tatkala malam melabuhkan tirai, pasti malapetaka terjadi. Segalanya harus ditunaikan setelah termeterai lafaz janji untuk menjadi hamba abdi kepada makhluk terkutuk.

Serangan demi serangan bukan sahaja membuatkan seluruh kampung berjaga-jaga, malah membuatkan mereka terpinga akan kehadiran makhluk yang seakan-akan drakula. Setiap kali titisan darah menitik, hanya seorang insan sahaja yang layak dipersalahkan dalam hal itu. Namun, untuk merungkai segala kekalutan amatlah sukar kerana banyak peristiwa yang menjadi dalangnya.

“Kamu mesti bunuh tujuh orang lelaki dengan cara menggigit leher mereka dan meminum darahnya. Cukup tujuh lelaki dibunuh pada setiap malam keliwon, wajah kamu akan pulih semula seperti keadaan asal. – Tok Alang

“Aku nak kau mengaku sekarang, apa yang kau dah buat selama ni! Biar orang kampung yang ada kat sini kenal siapa kau sebenarnya! – Sudin

“Masa saya jumpa dia pun menggigil satu badan. Muka pucat lesi. Tak tahulah makhluk apa yang dia tengok.” – Fikri

Andai mereka sahabat karib atau seteru, adakah peluang untuk menjadi mangsa begitu cerah? Mampukah dia melarikan diri melepaskan segala derita yang diciptanya? Adakah cara untuk menewaskannya?

Hanya darah manusia yang mampu membendung kehausan tekaknya.

“Aku takkan berhenti sebab darah manusia ialah satu-satunya makanan aku. Nyawa mereka adalah pelengkap kepada usia aku. Aku akan terus berdamping dengan kau.” 

★★★★★

Novel ini menghidangkan bahawa, akibat mengikut nafsu inginkan wajah tampan dan tidak tahan dihina akibat rupa buruk dan hodoh, seseorang sanggup memeterai perjanjian dengan syaitan sehingga tidak sedar diperguna dalang utama yang mempunyai pelbagai agenda tersembunyi di samping ramai manusia sudah menjadi mangsanya semenjak dari dahulu lagi.

Kesan akibat perbuatan khurafat ini akan berpanjangan dan akan sentiasa mengganggu pengamalnya agar menuntut segala permintaannya. Paling dahsyat, pengamalnya tidak sempat untuk bertaubat.

Ulasan saya di tiktok!

@gardenofbooks00 Novel seram Persis Drakula karya Asraf Shaari. Akibat mahu wajah tampan dia sanggup menjadi hamba sy**tan. #ceritahantu #novelseram #fajarpakeer #persisdrakula #asrafshaari #bookworm #booktok #bookrecommendations #bookreview #booklover #fypã‚· ♬ Halloween ・ cute horror song - PeriTune


Sekian sahaja untuk kali ini, Assalamualaikum! 💖🌹

Post a Comment

0 Comments