Ulasan filem 1408 lakonan John Cusack, Samuel L. Jackson

Poster filem 1408
Poster filem 1408
Kredit: Wikipedia

Filem 1408 merupakan adaptasi daripada karya tulisan Stephen King, dibintangi oleh John Cusack, Samuel L. Jackson, Mary McCormack di bawah terbitan Di Bonaventura Pictures dan Dimension Films pada tahun 2007 dengan durasi masa kira-kira 104 minit. 

Sinopsis:

Michael "Mike" Enslin adalah seorang penulis yang sinis dan skeptikal yang terpisah dari isterinya Lily setelah kematian anak perempuan mereka, Katie. Mike menulis buku-buku khusus yang menilai peristiwa-peristiwa ghaib di mana dia tidak percaya. Dia menerima kad pos tanpa nama tentang hotel The Dolphin yang membawa pesan, "Jangan masuk 1408." Melihat ini sebagai satu cabaran, Mike tiba di The Dolphin dan meminta bilik 1408.

Pengurus hotel, Gerald Olin, cuba menghalang namun tidak berjaya. Di dalam bilik, Mike mula melihat hantu mangsa masa lalu, diikuti oleh kilas balik Katie dan ayahnya yang sakit. Tiada jalan keluar kecuali mati. Imbasan lalu itu sedikit sebanyak menyedarkan kelakuan buruknya selama ini. Memutuskan untuk berhenti berlari, Mike membakar bilik hotel itu. Dia kemudian berbaring dan ketawa dengan kemenangan apabila menghancurkan bilik puaka itu.

Pendapat peribadi:

Dari sudut positif, filem ini memaparkan kasih sayang seorang bapa dan keberanian mengunjungi tempat asing demi menyelamatkan anaknya. Namun, apabila terlalu yakin, sombong dan tidak takut akan kematian serta menyinggung perasaan orang lain akan membuatkan dirinya berada dalam lembah bahaya.

Penonton dapat melihat bahawa kita perlu menjaga perasaan ibu bapa dan pasangan hidup kita. Selain itu, kita perlu menghormati sejarah sesuatu tempat itu dan janganlah terlalu mengambil risiko untuk mengunjungi tempat yang asing demi mendapatkan idea untuk penulisan. Filem ini sebenarnya menunjukkan realiti yang sering berlaku dalam diri masing-masing cuma ia diolah menjadi seram dan bermain dengan psikologi penonton. 

Apa yang menarik lagi, filem ini mempunyai dua alternate ending.

Rujukan:

https://en.wikipedia.org/wiki/1408_(film)

https://kbbernama.wixsite.com/filem/1408

Post a Comment

0 Comments